Pernah Cuba Rojak Sotong Jumbo Di Melaka?
Negeri Melaka memang terkenal dengan pelbagai makanan tempatan menarik seperti asam pedas, ikan bakar, roti naan dan banyak lagi. Disebabkan itu, negeri ini sentiasa dipenuhi para pelancong terutama cuti umum. Kini, anda boleh menambah satu lagi menu di dalam wishlist makanan jika anda bercuti di Melaka iaitu rojak sotong jumbo.
BACA: Dunia Iktiraf Melaka Jadi Destinasi Pelancongan Terbaik
Biasanya rojak dikaitkan dengan buah-buahan sahaja, namun kali ini Warung Hijau Rojak Sotong, Masjid Tanah, Melaka membuat kelainan dengan menjual rojak seafood sotong jumbo. Sedapnya!
Selain itu, terdapat juga menu seperti sotong mee goreng basah yang pastinya membuatkan anda makan sehingga menjilat jari.
Bahkan, char kuey teow sotong dan mee kupang turut terdapat di warung ini. Saiz makanan laut yang dihidangkan semuanya memuaskan hati malah berpatutan dengan harga.
Harga bagi satu pinggan mee goreng sotong jumbo ialah RM20 hingga RM25 bergantung pada harga pasaran bahan mentah.
Mungkin anda boleh berkongsi makan dengan pasangan anda memandangkan saiz hidangan agak besar. Lihat sahaja saiz sotong yang besar itu pasti membuatkan anda cepat berasa kenyang.
Justeru itu, anda oleh bawa keluarga bercuti hujung minggu di Melaka sambil mencari tempat-tempat makan yang menarik di sana seperti Warung Hijau Rojak Sotong ini. Warung dibuka pada setiap hari Selasa hingga Ahad, dari pukul 5 petang hingga 11 malam.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Makan Asam Pedas Salmon Tepi Sungai Melaka?
- SUMBER
- JELAJAH MAYA