Pejam celik dah nak masuk tahun 2019. Adakah azam tahun 2018 anda untuk turunkan berat badan sudah tercapai? Pasti ramai yang idamkan berat badan ideal namun semuanya hanya hangat-hangat tahi ayam sahaja.

Tidak dinafikan untuk kuruskan badan bukan sesuatu yang mudah seperti yang disangka, ia memerlukan konsisten tinggi dan disiplin. Disebabkan itu, ada yang sanggup dengan mengambil pil kurus, tetapi hasilnya hanya sementara sahaja.

BACA: Gadis Ini Dedah Rahsia Turun Berat Badan 17Kg

Sering diberi gelaran anak gajah dan badak berendam, seorang gadis ini nekad untuk menguruskan badan dan berjaya menurunkan berat sebanyak 18kg.

Dulu nampak macam mak yang ada 10 orang anak


Menurut gadis ini, ketika di tingkatan dua berat badannya mencecah 82kg. Memiliki ketinggian 166cm, badannya kelihatan besar memandangkan dia memiliki rangka besar. Disebabkan itu, bermacam-macam nama gelaran diberi kepadanya.

Berhenti minum air bergula, workout ikut YouTube

Kata gadis itu lagi, tips pertama dia membuat kajian mengenai makanan dan berhenti minum air bergula. Ujarnya, dia sejenis yang takut untuk minum air kosong, namun digagahkan juga untuk kurus.

Menurutnya lagi, dia hanya amalkan senaman di rumah sahaja dengan hanya mengikuti senaman di YouTube. Ini mungkin agak pelik tetapi ianya berkesan, kata gadis ini lagi berkawan dengan mereka yang suka mengutuk untuk lebih bersemangat kuruskan badan.

Ambil nasi tapi dalam kuantiti sedikit

Kata gadis itu lagi, dia masih mengamalkan nasi tetapi dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Ujarnya lagi, antara tips lain untuk pastikan berat badan maintain adalah dengan menjaga waktu makan dan makan ikut masa yang betul.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pening Kepala Pekena Butter Beer?