Umum mengetahui bantuan zakat diberikan kepada mereka yang miskin dan memerlukan tanpa mengira siapa pun mereka.

Memetik laporan NST, bagaimanapun menurut Pensyarah Senior Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Saind Islam Malaysia (USIM), Dr Muzaffar Syah Mallow, walaupun perokok itu layak menerima zakat, mereka tidak sepatutnya diberikan bantuan tersebut kerana mereka masih mampu untuk membeli rokok.

BACA: LGBT, Pelacur Layak Terima Zakat Al-Riqab di Selangor

Sekiranya mereka mempunyai wang untuk membeli rokok, mereka tidak boleh dianggap golongan miskin, sedangkan merokok sudah jelas hukumnya dalam Islam.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada 23 Mac 1995 telah membincangkan isu mengenai merokok dari sudut pandangan Islam dan telah memutuskan bahawa merokok dilarang dalam Islam kerana ianya memudaratkan.

Ia juga dilarang kerana mereka yang merokok mensia-siakan wang yang boleh digunakan untuk sesuatu yang lebih bermanfaat.

Walaubagaimanpun, masih ramai orang Islam yang mengambil ringan dengan fatwa tersebut dan lebih membimbangkan ramai anak muda terutama pelajar terjebak dengan tabiat tersebut.

Zakat adalah pemberian sedekah wajib untuk orang miskin yang memerlukan. Ada lapan kategori mereka yang layak menerima bantuan zakat.

1. Fakir (al Fuqara) – orang yang tiada harta pendapatan yang mencukupi untuknya dan keperluannya. Tidak mempunyai keluarga untuk mencukupkan nafkahnya seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Contohnya ia memerlukan RM10 sehari tetapi hanya mampu RM3 sahaja.

2. Miskin (al-Masakin) – mempunyai kemampuan usaha untuk mendapatkan keperluan hidupnya akan tetapi tidak mencukupi sepenuhnya seperti ia memerlukan RM10 tetapi hanya memperoleh RM8.

3. Amil – orang yang dilantik untuk memungut dan mengagih wang zakat.

4. Muallaf – seseorang yang baru memeluk agama Islam.

5. Riqab – seseorang yang terbelenggu dan tiada kebebasan diri.

6. Gharimin – penghutang muslim yang tidak mempunyai sumber untuk menjelaskan hutang yang diharuskan oleh syarak pada perkara asasi untuk diri dan tanggungjawab yang wajib ke atasnya.

7. Fisabilillah – orang yang berjuang, berusaha dan melakukan aktiviti untuk menegakkan dan meninggikan agama Allah.

8. Ibnus Sabil – musafir yang kehabisan bekalan dalam perjalanan atau semasa memulakan perjalanan dari negaranya yang mendatangkan pulangan yang baik kepada Islam dan umatnya atau orang Islam yang tiada perbekalan di jalanan.

ARTIKEL BERKAITAN:
Terengganu Bakal Anjurkan Kursus Kesedaran Pondan
Mak Nyah Masih Layak Mengundi Untuk PRU14

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Penangan CEndol Durian Di Gombak & Makan Percuma? 😱😱😱