Orang ramai kini lebih berani mencuba makanan pedas kerana mereka beranggapan mereka boleh atasi tahap kepedasan tersebut.

Malang tidak berbau terjadi kepada seorang lelaki dari New Delhi, India kerana lapisan dalaman perutnya koyak setelah dia berjaya memenangi pertandingan makan burger di sebuah restoran.

BACA: KFC ’Terbangkan” Burger Di Angkasa?

Gambar sekadar hiasan

Lelaki tersebut dikenali sebagai Garv Gupta dikatakan terlalu ingin memenangi pertandingan tersebut hingga tidak sedar perutnya luka akibat memakan burger cili.

Sebuah restoran di New Delhi menganjurkan pertandingan memakan burger cili dan menawarkan hadiah utama berupa makan secara percuma di restoran berkenaan selama sebulan kepada pemenang pertandingan.

“Saya mengambil bahagian dalam pertandingan itu bersama beberapa rakan kerana mahukan hadiah yang ditawarkan,” ujarnya.

Gambar sekadar hiasan

“Saya memang menang, tetapi keesokannya saya muntah dengan kesan darah menyebabkan saya panik lalu terus menemui doktor,” tambahnya lagi.

Garv yang juga seorang pelajar universiti memberitahu bahawa dia berjaya memenangi pertandingan itu namun terpaksa menjalani pembedahan bagi membuang bahagian luka di dalam perutnya selepas itu.

“Rupanya burger cili yang saya makan menyebabkan luka di dalam perut. Lapisan dalam perut terkoyak dan bahagian itu terpaksa dibuang melalui pembedahan,” katanya sebelum mengakhiri perbualan.

Perut harus dijaga dengan elok dan elakkan makan makanan pedas dalam kuantiti yang banyak kerana banyak penyakit berbahaya bermula dari cara pemakanan kita sendiri.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

BURGER PEDAS MALAIKAT MAUT