Petang semalam, Malaysia digemparkan dengan berita penahanan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Sejurus selepas penahanan tersebut, sebuah video dimuat naik menerusi Twitter beliau.

Turut disertakan kepsyen untuk video tersebut, Najib berkata,”Saya terima bahawa hari ini adalah hari saya dan keluarga menjalani dugaan dunia.”

BACA: Barang Rampasan Najib Akan Dijual, Bayar Hutang Negara

Najib mengaku sudah tewas dan akur dengan keputusan rakyat serta memohon maaf kepada rakyat Malaysia.

Najib juga memberitahu, berita dan gambar yang tersebar tentang diri dan keluarganya bersifat khabar angin, diputar belit dan fitnah.

Walaupun dikecam teruk, namun masih ada lagi rakyat Malaysia yang meluahkan rasa terharu dengan ucapan tersebut dan berharap agar kebenaran akan terungkap serta Najib akan bebas dari segala tuduhan.

Apa pun lebih baik kita biarkan pihak berkuasa untuk jalankan tugas mereka. Diharap kes ini juga boleh dijadikan pengajaran untuk kerajaan baru.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Makan Samyang + Cili Carolina Reaper Sampai Muntah?!!