Pil Perancang Kehamilan Untuk Lelaki Lepasi Ujian Keselamatan Manusia
Selalunya wanita yang perlu mengambil pil perancang untuk merancang kehamilan. Manakala lelaki pula akan memakai kondom untuk memastikan tidak terjadinya kehamilan yang tidak dirancang.
Dengan zaman yang semakin maju dan teknologi semakin berkembang, pil perancang untuk lelaki bakal dihasilkan dan telah pun melepasi ujian Fasa 1 iaitu ujian keselamatan manusia (human safety tests).
BACA: Ikan Bertukar Jantina Akibat Pil Perancang
Keputusan kajian Tahap 1 telah dibentangkan pada Ahad, 24 Mac di mesyuarat tahunan Endocrine Soceity’s di New Orleans, La.
Kajian itu dilakukan ke atas 40 lelaki yang sihat di LA BioMed dan University of Washington di Seattle, Wash. Kesemua responden diberikan pil tersebut dan diminta mengambil selama 28 hari selepas makan.
Hasil kajian mendedahkan, tiada lelaki yang mengalami masalah enggan melakukan seks dan tiada yang berhenti mengambil ubat tersebut walaupun mengalami beberapa kesan sampingan seperti sakit kepala, pertumbuhan jerawat dan kepenatan.
Kesimpulan yang dikemukakan menerusi uji kaji tersebut, pil perancangan kehamilan lelaki yang menggabungkan aktiviti 2 hormon iaitu Androgen dan Progesterone berjaya mengurangkan bilangan sperma tanpa menganggu keupayaan libido lelaki.
Memangdangkan ujian tersebut hanya 28 hari sahaja, tempoh tersebut adalah terlalu singkat untuk mengenal pasti keberkesanan pil tersebut. Dalam pada itu, para penyelidik memberitahu mereka akan melakukan kajian lebih besar dan akan menguji pasangan yang aktif seksual.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Nasi Kukus Kambing Bakar Setapak Yang Power 🔥
- SUMBER
- AmazingNara