Pisang Goreng Pun Bedal, Gadis Ini Kongsi Tips Turun 12 Kg
Mempunyai badan kurus merupakan idaman semua orang tetapi ramai juga yang tak tahu di mana mahu bermula. Kini semakin ramai yang mengamalkan makan secara sihat dan tidak lokek berkongsikan tips bagaimana untuk turunkan berat badan.
Gadis bernama Keyshaa ini mempunyai caranya tersendiri untuk menurunkan berat badan. Berkongsikan tips di Twitter, Keysha memberitahu tahun lalu berat badannya mencecah 63kg tidak sesuai dengan ketinggiannya yang hanya 158cm.
BACA: Gadis Ini Kongsi Rahsia Turun 41 Kg Dalam Masa 7 Bulan
Gadis itu nekad untuk menurunkan berat badan dan kini berat badannya maintain 50-51kg. Ramai yang memintanya berkongsikan tips kurus, Keysha mengakui cara dietnya bukanlah diet yang sihat.
Tak makan nasi langsung, pisang goreng pun bedal
Menurutnya, 4 hingga 5 bulan dia tidak menyentuh nasi dan makan apa saja yang diinginka selain nasi. Katanya lagi, pisang goreng yang berminyak pun dia akan makan. Tetapi tidak diambil selalu.
Petang makan mee goreng atau bihun, malam tak makan
Ujar Keysha lagi, waktu petang dia akan makan mee goreng atau bihun goreng tapi diambil dengan kuantiti sedikit sahaja. Paling penting, waktu malam dia tidak akan makan.
Minum air manis, tapi di rumah hanya minum air suam
Berbeza dengan tips kurus orang lain, gadis itu memberitahu dia minum air manis tetapi ketika lepak di kedai makan sahaja. Apabila di rumah dia mengamalkan minum air suam.
Berkongsikan tentang senaman, Keysha mengakui dia seorang yang malas bersenam. Dalam sebulan hanya dua kali dia akan jogging taman atau gym untuk melakukan kardio semata-mata.
Gadis itu memberitahu memang sukar untuk menurunkan berat badan. Perlukan hati yang kental dan disiplin tinggi untuk mendapatkan hasil yang diinginkan.
Mungkin anda boleh cuba tips diberikan oleh Keysha ini jika mahu menurunkan berat badan tanpa mengambil pil kurus.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥
- SUMBER
- Twitter Keyshaa