Boleh dikatakan ramai diantara kita yang tidak boleh meneruskan kehidupan seharian tanpa telefon pintar. Ketagihan telefon pintar juga kini semakin membimbangkan. Mana tidaknya, ramai kanak-kanak seawal usia setahun sudah ketagih dengan gajet.

Tetapi adakah anda sanggup ketepikan telefon pintar anda untuk makanan percuma? Sebuah restoran piza di Fresno, California di Amerika Syarikat menawarkan pelanggannya piza percuma jika mereka bersetuju untuk tidak menggunakan gajet semasa menikmati hidangan.

BACA: Lelaki Ini Sediakan Khidmat Towing Percuma Sempena Raya

Promosi diberi nama “Diskaun Bercakap Antara Satu Sama Lain” itu memerlukan persetujuan pelanggan untuk menyimpan dan mengunci telefon pintar mereka sepanjang berada di premis itu.

Diskaun tersebut hanya boleh didapati kepada pelanggan berkumpulan minimum empat orang, dengan kesemuanya perlu membawa telefon pintar yang berfungsi.

Jika mereka berkelayakan, hidangan piza bersaiz besar akan diberikan sebagai ganjaran untuk kunjungan seterusnya, atau boleh menyumbangkannya kepada gelandangan di Fresno.

Agak-agak kalau ada restoran di Malaysia buat promosi seperti ini, ada tak ramai yang akan cuba?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Ramai Gagal Masuk Bakeri Ini Tanpa Keluar Beli Apa-Apa 😱