Buat peminat pizza, kalau anda dah bosan dengan perasa atau topping yang ada di pasaran sekarang, anda boleh cuba pizza lain daripada yang lain ini.

Pernah tak anda terfikir wujudnya pizza cempedak? Buat pertama kali di Malaysia, US Pizza Malaysia menghasilkan pizza perasa cempedak. Apa yang menarik tentang pizza ini ialah pizza tersebut dilimpahi dengan buah cempedak segar dan disaluti dengan keju.

BACA: Makan Pizza Setiap Hari Tapi Berat Turun

US Pizza Malaysia tampil kelainan dengan menggunakan buah cempedak ianya dijual dengan harga RM29.95 untuk saiz sederhana. Turut diberitahu, pizza cempedak itu dijual untuk tempoh terhad.

Jangan terkejut, selain pizza cempedak mereka juga menghasilkan pizza durian. Untuk pizza durian, harga pula berbeza-beza mengikut jenis durian. Untuk pizza d24 Sultan King, harga bermula RM14.95 hingga RM29.95. Manakala, untuk pizza durian Musang King pula berharga RM23.95 hingga RM49.95.

US Pizza Malysia hanya boleh didapati di Penang sahaja dan mereka mempunyai outlet di Greenlane, Summerton dan Bukit Mertajam. Selain itu boleh juga membuat tempahan menerusi atas talian.

ARTIKEL BERKAITAN:
Pizza Unicorn Pulak Sekarang
Pencipta Piza Hawaiian Meninggal Dunia
Luluh Hati Tengok Piza Tanpa Keju & Sos Ini

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Apa Nama Aiskrim Rasa Lemon Tu & Kek Wajib Cuba?