Pizza Percuma Untuk Wanita Hamil Setiap Hari Rabu
Siapa yang tidak mahukan makanan percuma. Baru-baru ini, Anak Dol Pizza di Jerantut, Pahang menjadi perhatian ramai di media sosial apabila menawarkan pizza percuma untuk wanita hamil.
Menurut pemiliknya, Nor Rosidah Osman, 30, dia tidak menyangka ianya akan viral kerana pemberian pizza percuma itu sudah dilakukan sejak bulan April lalu.
BACA: Makanan Percuma Jika Dapat Lepasi Pagar Sempit
“Pemberian pizza percuma kepada wanita mengandung itu sebenarnya sudah lama kami buat. Cuma disebabkan satu posting yang dimuat naik salah seorang pelanggan kami, ramai pula yang ‘share’ dan ianya menjadi tular di Facebook. Sebelum ini dah banyak kali saya post tetapi tidak pernah viral,” katanya kepada mStar Online.
Menurut Rosidah, ideanya untuk memberikan pizza percuma kepada ibu hamil itu timbul apabila dia sendiri pernah mengalami situasi dimana dia mengidam untuk menikmati hidangan itu semasa hamil anak ketiga.
Dalam pada itu, Rosidah juga mengakui ada diantara pelanggan yang sanggup mengaku hamil gara-gara untuk dapatkan makanan secara peruma, namun dia menganggap ianya hanya satu gurauan.
“Pelbagai cara dilakukan untuk mendapatkan pizza ini. Ia lah… makanan percuma. Siapa tidak mahu. Ada di antara mereka yang memberitahu isteri sarat mengandung dan tidak larat untuk hadir tetapi teringin makan pizza, saya tetap memberikannya kepada mereka.
“Malah, ada juga lelaki yang mengaku mereka hamil tetapi saya tahu ia hanya usikan pelanggan ‘nakal’ terhadap saya,” katanya.
angan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Apa Ada Dengan Wonder Cheese?
- SUMBER
- mStar