Pasti ramai yang tahu tentang ‘Wawasan 2020’ yang diperkenalkan oleh Tun Dr Mahathir pada tahun 1991. Objektif misi tersebut untuk menjadikan Malaysia sebuah negara industri yang maju, makmur dan bersatu padu.

Sekali lagi menggalas tugas sebagai Perdana Menteri ke-7, Tun Mahathir dalam kenyataannya berkata, Malaysia tidak akan dapat mencapai status negara maju menjelang tahun 2020, seperti mana yang disasarkan melalui Wawasan 2020.

BACA: PM Tertua Di Dunia, Tun Mahathir Pecah Rekod Dunia

Misi tersebut mungkin tidak akan tercapai memandangkan kerajaan terdahulu ‘terlupa’ mengenai tujuan mengapa mereka diberikan kuasa.

Namun, Perdana Menteri berkata, status negara maju itu tetap akan tercapai selagi mana rakyat, bersama-sama dengan pentadbir dapat terus rajin berusaha, serta ikhlas dalam melaksanakan amanah yang diberi.

“Kita telah memperkenalkan Wawasam 2020, kita sedang berjalan ke arah itu, tetapi apabila kita lupa akan tujuan kuasa yang diberikan kepada kita, maka jalan itu terhenti dan sekarang ini kita tak percaya kita boleh capai matlamat kita,” kata Tun M.

Namun, Tun M tetap positif dan berpendapat bahawa status negara maju itu tetap boleh dicapai selagi rakyat bersama-sama pemimpin terus rajin dan ikhlas dalam melaksanakan amanah yang diberi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Uncle Tetsu Coconut Pandan? 😱