Pihak polis mengesahkan, kopi durian viral yang menyebabkan lima individu dikejarkan ke hospital disyaki mengandungi dadah.

Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan Pulau Pinang mengesahkan kandungan benda asing, disyaki dadah yang masih belum dikenal pasti.

Keputusan itu adalah hasil analisa makmal terhadap kandungan paket kopi yang diminum dua warga Nepal, yang dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) pada Selasa, akibat pitam selepas minum kopi campuran segera berkenaan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar memberitahu, ada pihak yang berniat jahat selepas mendapati paket kopi berkenaan menunjukkan paket itu sudah dibuka dan dipaketkan semula.

Sumber via Mycafe Penang Durian White Coffee / Facebook

“Bahagian bawah paket berkenaan menunjukkan kesan koyakan. Berat paket yang dipaket semula itu menujukkan penambahan lebih 10 gram daripada berat asal iaitu daripada 40 gram kepada 50 gram.

“Didalam serbuk kopi itu juga mengandungi benda asing berwarna hijau, berbeza dengan kandungan paket asal,” katanya kepada BH Online.

Sumber via NST

Sebelum ini, dua warga Nepal itu mendakwa menerima kopi campuran segera itu secara percuma daripada seorang wanita yang tidak dikenali.

Suspek memberikan bungkusan yang mengandungi 16 paket kecil kopi terbabit dan terus beredar tanpa sebarang penjelasan.

Sementara itu, syarikat kopi terbabit telah membuat laporan polis dan mendakwa paket yang diambil dari salah seorang mangsa telah sah dipaketkan semula.