Siapa yang tidak gemarkan mi segera, boleh dikatakan makanan ini menjadi kegemaran ramai tidak mengira usia. Sekarang ini ada bermacam perisa atau kombinasi perisa dan bahan untuk menghasilkan rasa baru untuk menarik pembeli.

Pernah tak anda terfikir mi segera perisa snek kentang akan dihasilkan? Pasti ramai yang terbayangkan bagaimanakah rasanya mi segera tersebut. Terbaru, jenama snek kentang popular, Pringles dan AceCook Supercup Jepun berkolaborai menghasilkan mi segera perisa baharu.

BACA: Ramai Tak Tahu, Ini Sebenarnya Kaedah Betul Masak Mi Segera

Kini anda boleh menikmati snek kentang Pringles, ‘Sour Cream & Onion’ dan ‘Jalapeno & Onion’ dalam versi mi segera. Dikhabarkan, rasa mi segera ‘Sour Cream & Onion’ persis dengan rasa snek kentang yang kita selalu makan.

Manakala untuk perisa ‘Jalapeno & Onion’ untuk mereka yang gemarkan hidangan pedas. Selain itu, kedua-dua syarikat itu juga bakal memperkenalkan dua lagi perisa baharu iaitu Squid Yakisoba’ dan ‘Soy Chicken Ramen’ pada 23 Oktober nanti.

Bagaimanapun, mi segera Pringles ini hanya boleh didapati di pasaran Jepun sahaja. Namun, pasti ramai yang berharap mi segera ini akan memasuki pasaran Malaysia kelak.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sambal Ikan Bakar Kat Sini Memang Meriah! 😱😱