Seperti sering kita lihat, setiap kali berlakunya kemalangan jalan raya, kebanyakan ambulans akan lambat sampai disebabkan disebabkan kesesakan lalu lintas serta sifat tidak bertanggungjawab sesetengah pengguna jalan raya.

Bagaimanapun, perkara itu bakal diselesaikan dengan langkah terbaru yang dilakukan oleh Kerajaan Sawarak ini apabila seorang pengguna Facebook berkongsikan beberapa keping gambar motosikal seakan-akan ambulans.

BACA: Pemuda Cina Sedih Dihalau Ketika Mahu Bantu Mangsa Kemalangan

InsyaAllah Kesihatan di Sarawak akan ada satu lagi penambahbaikan penyampaian perkhidmatan untuk sekitar bandar utama….

โพสต์โดย Mohd Ismail Ibrahim เมื่อ วันอาทิตย์ที่ 8 ธันวาคม 2019

Menerusi perkongsian tersebut, motosikal ambulans itu akan digunakan oleh pasukan perubatan untuk sampai ke lokasi kemalangan dengan lebih cepat.

Difahamkan, projek ini akan bermula di negeri Sarawak terlebih dahulu dengan hanya memfokuskan di sekitar bandar-bandar utama seperti Kuching, Miri dan Sibu.

Apa yang pasti ini merupakan satu inisiatif yang bagus oleh kerajaan Sarawak dan berharap projek motosikal ambulans ini dapat dilaksakan di seluruh Malaysia pula selepas ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pening Kepala Pekena Butter Beer?