Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akhirnya mengisytiharkan wabak coronavirus adalah kecemasan di peringkat global, selepas ia semakin merebak ke seluruh dunia.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata sebab utama perisytiharan bukanlah apa yang berlaku di China tetapi apa yang berlaku di negara lain dan ia berikutan kes wabak berkenaan meningkat lebih 10 kali ganda dalam tempoh seminggu.

BACA: “Tiada Bukti Coronavirus Boleh Merebak Melalui Penghantaran Barang”

Katanya lagi, apa yang menjadi kebimbangan utama adalah potensi virus itu untuk merebak ke negara yang mempunyai sistem kesihatan yang lemah dan tidak bersedia menghadapinya.

Setakat ini jumlah kematian di China telah meningkat kepada 213 orang dengan 9,692 orang sah dijangkiti wabak misteri itu. Manakala, manakala terdapat 98 kes di 18 negara berbeza tetapi tiada kematian yang dicatatatkan.

Wabak koronavirus mula dikesan pada Disember di Wuhan, China yang menyebabkan radang paru-paru dan gejala lain seperti demam, batuk dan kesukaran bernafas. Sehingga semalam, Malaysia mempunyai lapan kes jangkitan yang disahkan melibatkan warga China.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Inikah Kedai Tanpa Manusia Pertama Di Malaysia?