Raj Banana Leaf Dibuka Semula, Guna Nama Baru ‘RBL Banana Leaf’
Sebelum ini, tular di media sosial video mengenai sebuah restoran popular, Raj’s Banana Leaf, apabila pekerja kedai makan itu mencuci bekas makanan di kawasan lopak air di luar permis tersebut.
Selepas hampir 3 bulan operasi restoran tersebut dibatalkan, Restoran Raj Banana Leaf dibuka semula pada Rabu lalu dengan nama baru ‘RBL Banana Leaf’.
BACA: Cuci Guna Lopak Air, Restoran Popular Mohon Maaf
Pengarah RBL, Muhamad Rizal Abd Rahman berkata, keputusan untuk merombak operasi mereka dan mengguna pakai nama yang lebih kontemporari sebagai tanda permulaan selepas belajar daripada pengalaman lalu.
“Kami ingin memohon maaf sekali lagi kepada semua yang terkesan dengan kealpaan kami.
“Insiden yang berlaku dijadikan sebagai pengajaran buat kami untuk memperbaiki kelemahan, menambah baik operasi dan mengikut segala peraturan dan standard berkaitan bagi menawarkan pengalaman sebaik mungkin kepada para pelanggan apabila mereka menjamu selera di RBL,” tambahnya.
Restoran tersebut menjalani banyak pengubahsuaian di dapur, bahagian penyediaan makanan dan minuman, ruang mencuci dan bahagian makanan.
Kawasan roti canai merupakan dapur terbuka yang menghadap pelanggan, manakala tingkap terbuka yang besar membolehkan pelanggan melihat bagaimana bahagian mencuci dikendalikan.
Diharap restoran tersebut dapat belajar dari pengalaman lalu dan semoga mereka cuci pinggan di tempat yang sepatutnya selepas ini.
ARTIKEL BERKAITAN:
KPDNKK: Harga Nasi Campur RM100 Berpatutan
Ini Harga Nasi Paling Mahal Di Singapura!
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Meletop Perut Makan Burger Tsunami & Western Talam?
- SUMBER
- mStar