Jika di Malaysia, perkhidmatan mesej atas talian paling popular ialah WhatsApp. Di China pula berbeza dimana WeChat menjadi pilihan utama mereka.

Fungsi WeChat di sana bukan hanya untuk bermesej dan berjual beli sahaja, tetapi kini penggunanya semakin meluas dan penduduk China kini boleh memfailkan cerai melalui aplikasi tersebut.

BACA: Tertinggal Barang Di Pasar Punca Pasangan Bercerai

Menurut laporan, fungsi tersebut masih di dalam fasa percubaan dan ianya terbuka kerpada pengguna di wilayah Guangdong sahaja.

Setakat ini, masih belum ada perancangan untuk melebarkan fungsi ini ke wilayah lain di China. Menerusi aplikasi tersebut, pasangan yang ingin berpisah boleh membuat temujanji dengan pegawai pendaftar penceraian di kawasan tersebut melalui WeChat.

Fungsi yang baharu saja diperkenalkan dua minggu lalu dikatakan bakal memudahkan urusan perceraian tanpa perlu menempuh proses yang panjang.

ARTIKEL BERKAITAN:
Anak Terlalu Kacak Punca Ibu Bapa Bercerai
Suami Buat Kerja Rumah Pun Kena Cerai

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Berbaloi Ke • EP1: Burger RM4.50 Vs Burger RM138