Rakyat India Marah Kenyataan Tun M, #BoycottMalaysia Kini Trending
Pasti ramai yang tertanya-tanya apa yang berlaku sehinggakan tanda pagar #BoycottMalaysia kini trending di laman Twitter. Ia susulan kenyataan Perdana Menteri, Tun Mahathir di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) baru-baru ini.
Menerusi kenyataannya itu, Tun M menyentuh mengenai situasi terkini terjadi di Jammu dan Kashmir. Dalam kenyataannya itu, Tun Mahathir turut meminta India dan Pakistan dapat menangani masalah mereka secara damai.
BACA: Tun M Pelik Indonesia Tak Mahu Terima Bantuan Malaysia
"Jammu & Kashmir has been invaded & occupied by India," says Malaysian PM Mahathir Mohamad at #UNGA.
#ImranKhanVoiceOfKashmir pic.twitter.com/4RgYhD2TOG
— Pak Army (@pak__fauj) September 28, 2019
Bagaimanapun, kenyataan Tun M itu mendapat pelbagai reaksi terutamanya rakyat negara India yang beranggapan kenyataan Tun M itu seolah menyokong Pakistan.
Tidak berpuas hati dengan kenyataan Tun M itu, mereka memulakan tanda pagar #BoycottMalaysia serta menyeru semua rakyat India tidak lagi melancong ke Malaysia sebaliknya melancong ke negara Asia Tenggara yang lain.
Shameless @chedetofficial finally shown your true colors.
I urge each and every Patriot Indian to #BoycottMalaysia .
The Shameless PM of this country is openly supporting Pakistan.
Going to boycott @AirAsia
Boycott Each and every thing related to #Malaysia #BoycottMalaysia— रुपेश 🇮🇳🇮🇳🇮🇳 (@Rajpoot_Roopesh) September 29, 2019
Simply #BoycottMalaysia. If it isn’t urgent, don’t travel there. Avoid trade. With this bigoted and uninformed man heading it, it is a hostile State. https://t.co/W6ikikobDT
— Abhijit Majumder (@abhijitmajumder) September 29, 2019
Dalam pada itu, perkara itu turut mendapat perhatian rakyat Malaysia yang bersetuju dengan pendapat Tun M. Bagaimanapun, setakat ini tiada kenyataan balas daripada pemimpin negara tersebut berkenaan hal tular tersebut.
Wow #BoycottMalaysia trending! Hahaha. Impact ucapan Tun M dekat UN. Padahal atuk tu mintak India dan Pakistan duduk semeja je, nego pasal Kashmir dan Jammu. Tiba tiba satu India panas bontot.
— Shafwan Shukor (@shafwanshukor) September 30, 2019
Haha it’s trending #BoycottMalaysia 😂😂 India really have to calm down. Why do you feel offended when what Tun said was right? Boycott Malaysia all the way you want but pls tell us abt the fate of thousands of kashmiris in the jails. This is not abt country, it’s abt humanity.
— survivors (@AhmadFikir) October 1, 2019
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram