Pasti ramai yang tertanya-tanya apa yang berlaku sehinggakan tanda pagar #BoycottMalaysia kini trending di laman Twitter. Ia susulan kenyataan Perdana Menteri, Tun Mahathir di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) baru-baru ini.

Menerusi kenyataannya itu, Tun M menyentuh mengenai situasi terkini terjadi di Jammu dan Kashmir. Dalam kenyataannya itu, Tun Mahathir turut meminta India dan Pakistan dapat menangani masalah mereka secara damai.

BACA: Tun M Pelik Indonesia Tak Mahu Terima Bantuan Malaysia

Bagaimanapun, kenyataan Tun M itu mendapat pelbagai reaksi terutamanya rakyat negara India yang beranggapan kenyataan Tun M itu seolah menyokong Pakistan.

Tidak berpuas hati dengan kenyataan Tun M itu, mereka memulakan tanda pagar #BoycottMalaysia serta menyeru semua rakyat India tidak lagi melancong ke Malaysia sebaliknya melancong ke negara Asia Tenggara yang lain.

Dalam pada itu, perkara itu turut mendapat perhatian rakyat Malaysia yang bersetuju dengan pendapat Tun M. Bagaimanapun, setakat ini tiada kenyataan balas daripada pemimpin negara tersebut berkenaan hal tular tersebut.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

MyFirstTime: Jadi Ke Tidak Buat Blueberry Pie?