Baru-baru ini, seramai 80 pekerja Malaysia yang bekerja di Ikea Singapura telah diberikan cuti tambahan sehari pada 9 Mei bagi membolehkan mereka mengundi pada PRU-14.

Bagaimanapun, langkah itu rupanya tidak disenangi segelintir rakyat Singapura kerana menganggap ianya satu diskriminasi.

BACA: Kaum Bapa Cuti 10 Hari Jika BN Menang PRU

Menerusi satu posting di laman forum tempatan hardwarezone.com.sg mempersoalkan mengapa cuti tambahan itu diberikan kepada orang Malaysia tetapi tidak diberikan kepada warga Singapura.

Lebih mengejutkan, mereka yang tidak berpuas hati itu juga turut menulis surat kepada ahli Parlimen tempatan dan Kementerian Sumber Manusia untuk menyiasat perkara tersebut kerana ianya melibatkan hak rakyat Singapura.

Menurut dalam surat tersebut, turut dinyatakan rakyat Malaysia diberi cuti bergaji berbeza dengan warga Singapura yang tidak dapat menikmati kelebihan seperti itu.

Selain Ikea, pengendali bas Go-Ahead Singapura juga akan memberi sokongan kepada kakitangannya dari Malaysia melalui perancangan penelitian jadual syif.

Tindakan Ikea Singapura seharusnya diberi pujian kerana menghormati hak pekerja dan membolehkan pekerja dari Malaysia melaksanakan tanggungjawab mereka.

ARTIKEL BERKAITAN:
Ini Punca Cuti Polis Kelantan Dibekukan
Bil Cecah RM800,000, Lelaki Ini Perlukan Bantuan Orang Ramai

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Rambang Mata Tengok Sushi! (Kyoto)