Di zaman teknologi serba canggih, pasti tiada lagi masalah untuk pergi kemana sahaja memandangkan kini sudah ada aplikasi untuk mencari petunjuk arah. Kebiasaannya ramai yang menggunakan Waze, tetapi kaji selidik ini menunjukkan sebaliknya.

Satu tunjauan oleh Facebook portal gajet, wiser.my mendedahkan rakyat Malaysia lebih gemar menggunakan aplikasi Google Maps berbanding Waze. Dalam kaji selidik itu, 65 peratus memilih Google Maps berbanding hanya 35 peratus yang memilih Waze.

BACA: Mahu Anak Jadi Orang Berguna, Bapa Namakan Anak ‘Google’

Setakat ini tinjauan itu sudah menerima lebih 45,700 undian dan masa untuk mengundi berbaki empat hari saja lagi.

Jom setel benda ni once and for all. Mana satu patut semua orang guna untuk navigation?

Posted by Wiser.my on Ahad, 8 September 2019

Menerusi perkongsian tersebut, netizen mengatakan mereka lebih suka menggunakan Google Maps kerana dianggap lebih ‘boleh diharap’ dan tidak memberatkan sistem telefon.

Namun, ramai yang gemarkan Waze kerana ia dilengkapi dengan real time reporting tool dimana pengguna boleh mengetahui situasi di jalan raya dengan lebih tepat, termasuk sekatan jalan raya dan kemalangan.

Baru-baru ini, Google dilaporkan akan menambah beberapa ciri tersebut kepada Google Maps untuk Android dan iPhone. Turut akan ditambah ciri mengesan penutupan lorong, objek yang menghalang laluan dan petunjuk kawasan pembinaan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Datang Hameediyah Kota Damansara Memang Kena Beratur? 😱