Sebut saja nasi lemak sememangnya hidangan ini sangat sinonim dengan rakyat Malaysia. Lagi sedap kalau dapat nikmati nasi lemak bersama teh tarik, memang terangkat di buatnya.

Sebagai rakyat Malaysia, sudan tentu akan rasa sakit hati jika ada pihak yang cuba merendahkan martabat atau menghina nasi lemak seperti apa yang terjadi baru-baru ini.

BACA: Sanggup Terbang 9,600km Ke KL Semata-Mata Nak Makan Nasi Lemak

Tular di laman Twitter apabila seorang wanita mat salleh mengamuk apabila dihidangkan nasi lemak ketika menaiki penerbangan 13 jam bersama British Airways. Difahamkan wanita itu merupakan seorang wartawan dari United Kingdom, Katie Morley.

Wartawan itu mempersoalkan mengapa syarikat penerbangan tersebut menghidangkan dia nasi berlauk ayam ‘kari’ beserta dengan ikan bilis dan telur rebus.

Malah, wartawan itu turut mengkritik makanan tersebut sebagai yang paling teruk serta memberikan rating yang sangat teruk iaitu 0/10.

Susulan statusnya itu, rata-rata pencinta nasi lemak menyerang wartawan tersebut. Malah ramai yang mengkritik wanita itu kerana tidak menghormati makanan tradisi negara lain.

Kata netizen lagi, tiada masalah jika dia tidak menggemari rasa nasi lemak tetapi tidak perlu mengutuk atau menghina sesuatu hidangan itu.

Susulan serangan netizen berhubung kritikannya itu, wartawan berkenaan tampil menjelaskan bahawa dia tiada niat untuk menyinggung hati ramai orang terutama rakyat Malaysia.

Jelasnya lagi, hidangan nasi lemak dari British Airways yang tidak memuaskan dan berharap suatu hari nanti dia berpeluang untuk merasai rasa nasi lemak sebenar.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥