Jika dahulu hanya lelaki dewasa saja yang melanggan pelacur, kini remaja sekolah menengah berusia 15 hingga 17 tahun sudah semakin berani terjebak dengan kegiatan tidak bermoral itu.

Lebih menyedihkan, pelajar ini sanggup menggunakan wang saku yang diberikan ibu bapa demi seks. Ada yang menggunakan wang perbelanjaan harian untuk mendapatkan layanan urut dan seks di premis yang berselindung di sebalik lesen penjagaan kesihatan.

BACA: Ibu Kandung Lacurkan Anak Perempuan Demi Bayar Hutang

Memetik laporan Utusan Online, seorang wanita warga Indonesia yang bekerja di premis terbabit mendedahkan, dia pernah dibayar untuk melayan nafsu sekumpulan remaja belasan tahun.

Kata wanita berusia 25 tahun itu lagi, disebabkan bayaran yang terlalu murah, semakin ramai remaja berani mendapatkan perkhidmatan seks dan dalam sehari dia perlu melayan dua hingga tiga remaja .

“Mereka semua remaja yang bersekolah, semuanya muda-muda lagi, setiap kali ke sini mereka akan dikenakan bayaran antara RM158 hingga RM168 untuk la­yanan 45 minit.

“Soal dari mana mereka dapat duit saya tidak tahu, tetapi yang pasti mereka selalunya datang berkumpulan dan lebih ramai pada hujung minggu,” katanya.

Lebih mengejutkan, ada dalam kalangan remaja yang mampu memberikan tip kepada gadis-gadis selepas selesai melempiaskan nafsu mereka.

“Sekiranya layanan yang di berikan tip-top, mereka pelajar akan memberikan wang tambahan sebagai tip antara RM20 hingga RM50,” ujarnya.

Tambah wanita itu lagi, harga wanita ditetapkan mengikut negara iaitu RM158 dan RM168 bagi Kemboja dan Indonesia manakala RM178 untuk wanita Vietnam dan Thailand.

ARTIKEL BERKAITAN:

Rogol Anak 623 Kali, Bapa Dipenjara 48 Tahun

Edar Kondom Percuma Galakkan Seks Bebas?

Tempat Makan Di Taman Tamadun Islam Terbongkar!