Remaja Curi Telefon Gembira Dipenjara Kerana Dapat Nasi Percuma
Dalam keadaan kos sara hidup semakin meningkat, ramai yang terpaksa bekerja keras untuk memastikan cukup makan minum. Boleh dikatakan makanan sangat penting untuk meneruskan kehidupan. Tetapi sejauh mana anda sanggup lakukan untuk mendapatkan makanan percuma?
Baru-baru ini, di Indonesia, seorang remaja 19 tahun dipenjarakan buat kali ketiga selepas didapati bersalah mencuri telefon bimbit.
BACA: “Anak Ke Sekolah Hanya Bekal Nasi Lauk Ubi Kayu & Budu”
Menurtu laporan, polis dilaporkan menjejaki remaja berkenaan Gede Kama, dari kampung Busungbiu selama enam hari sebelum dia akhirnya ditahan di rumahnya pada Ahad.
Kebiasaannya, jika pesalah ditangkap oleh pihak polis pasti mereka akan merasa sedih. Namun berbeza dengan dengan remaja ini yang berasa gembira dipenjarakan kerana tidak perlu lagi dia bersusah payah mencari wang untuk membeli makanan.
“Gembira pak, sering dapat nasi percuma,” kata remaja itu.
Apabila ditanya apa sebab dia mencuri, remaja itu memberitahu dia mencuri telefon pintar mahal untuk berselfie.
“Boleh selfie pak. Nanti kalau bosan ia dijual, boleh beli nasi,” katanya lagi.
Biarpun kenyataannya itu kedengaran agak pelik, pihak polis mengakui remaja itu sememangnya seorang pencuri berkemahiran.
Menurut pihak polis, remaja itu sudah dua kali masuk penjara. Kali terakhir dia dibebaskan pada Januari 2018 selepas didapati bersalah mencuri telefon bimbit di Basungbiu. Untuk kesalahan kali ini, remaja itu menjalani hukuman penjara 10 bulan.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥
- SUMBER
- mStar