Gara-gara tidak tahu bersolek, seorang suami tergamak memukul isterinya. Kejadian yang berlaku di Kabupaten Pekalongan, Jawa Tengah itu, suspek tersebut Akhmad Khumaidi,31, beberapa kali mengasari isterinya sehingga wajah mangsa lebam teruk.

Mangsa dikenali sebagai MA,23, warga Kedungwuni yang tidak tahan dengan perbuatan suaminya itu melaporkan insiden tersebut kepada pihak polis.

BACA: Lambat Bancuh Air, Suami Pukul Isteri Dengan Seterika

Difahamkan, sebelum kejadian mereka menghadiri sebuah majlis. Namun sebaik sahaja pulang ke rumah, suspek memarahi isterinya kerana tidak pandai bersolek dan mendakwa mangsa sengaja memalukannya.

Lelaki itu bertindak menusuk-nusuk kunci motosikal pada lutut mangsa berulang kali. Bukan itu saja, suspek turut memukul muka mangsa dengan topi keledar sehingga menyebabkan hidungnya berdarah serta menendang kening isterinya.

Akibat dari perbuatan tersebut, mangsa mengalami kesan lebam pada kening dan kedua-dua matanya, selain luka di hidung dan kaki akibat ditusuk dengan benda tumpul.

Susulan laporan yang dibuat oleh mangsa, suaminya telah ditangkap dan mengaku melakukan perbuatan itu kerana kecewa dan malu kerana isteriya tidak bersolek.

Suspek telah didakwa melakukan keganasan rumah tangga dimana jika disabit bersalah boleh dihukum penjara lima tahu atau denda sehingga 15 juta rupiah (RM4,400).

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pening Kepala Pekena Butter Beer?