Baru-baru ini, tandas awam Rantau Abang diiktiraf antara tandas awam terbaik di Asia apabila memenangi Anugerah Standard Tandas Awam Asia 2019-2021, sempena Forum Pelancongan Asia di Bandaraya Ha Long, Vietnam

Keadaannya bersih, bau wangi, mesra pengguna serta landskap menarik merupakan antara ciri-ciri utama tandas itu dinobatkan tandas terbaik.

BACA: Tandas Jadi Pilihan Buang Bayi Demi Tutup Malu

Ini bukan kali pertama tandas tersebut menerima pengiktirafan. Sebelum ini, tandas awam ini pernah menerima beberapa anugerah, termasuk Anugerah Perak kategori tandas pelancongan terbaik sempena Sambutan Hari Tandas Sedunia di Kuala Lumpur pada 2016.

Selain tandas awam Rantau Abang, sebanyak 17 tandas awam di daerah ini telah dinaiktaraf dan dibaik pulih sejak tahun 2013 dalam usaha menjadikan tandas awam di daerah ini sebagai tandas terbersih.

Dalam penganugerahan tersebut, 16 tandas awam dari seluruh Malaysia dan tandas awam Rantau Abang merupakan satu-satunya tandas dari Pantai Timur yang tersenarai daripada lima tandas terbaik bagi kategori tersebut.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pening Kepala Pekena Butter Beer?