Rendang Ayam Tak Rangup, Tersingkir MasterChef UK
Sebagai rakyat Malaysia, kita memang bangga dengan makanan negara kita. Makanan Malaysia paling popular sudah tentu nasi lemak.
Apa yang pasti setiap makanan di negara kita melambangkan asal usul dari negeri tertentu.
BACA: Ramai Sanggup Ke Sini Untuk Nikmati Rendang Landak
Baru-baru ini, seorang peserta Malaysia menyertai program pertandingan memasak MastercChef UK. Namun apa yang menjadi perhatian ialah apabila juri mempertikai rendang ayam yang dimasak oleh peserta tersebut.
Peserta yang mewakili Malaysia itu, Zaleha Kadir Olpin tersingkir dari MasterChef UK selepas juri memberitahu menu nasi lemak rendang ayam yang dipersembahkan tidak menepati citarasa mereka. Tambah juri lagi, rendang ayam tersebut tidak rangup!
“Kulit ayam tersebut tidak rangup dan daging ayam tidak tertanggal daripada tulang,” kata dua juri rancangan tersebut John Torode dan Gregg Wallace.
Rancangan itu ternyata menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia yang menonton. Rata-rata netizen memerli kedua juri tersebut yang tidak tahu rupa sebenar rendang ayam.
Namun wanita itu tidak kecewa walaupun tersingkir dari program tersebut, malah rasa bangga kerana dia sudah buat yang terbaik dan dapat mempersembahkan hidangan nasi lemak di mata dunia.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Resepi ringkas fucuk goreng ni dah ramai yang share
- SUMBER
- World of buzz