Kita dah ada kek nasi lemak, burger nasi lemak, ais krim nasi lemak, karipap nasi lemak. Agak-agak apa lagi menu lain yang kena dengan ‘nasi lemak’?

Baru-baru ini, rangkaian jus buah-buahan Boost Juice Bars memperkenalkan minuman baru yang bakal buatkan ramai teruja iaitu smoothie Nasi Lemak.

BACA: Karipap Nasi Lemak Viral RM6 Sebiji Laku Habis

Diumumkan pada Sabtu lalu menerusi laman Facebook rasmi Boost, ternyata menu terbaru itu menarik perhatian ramai.

“Kami tahu anda menyukai Nasi Lemak, jadi kami memperkenalkan Nasi Lemak Smoothie.”

Lebih menarik, minuman smoothie itu diperbuat daripada kesegaran timun, bayam, nasi, kepingan cili kering, air kelapa, santan, air serbat dan ais.

Menurut posting itu, minuman tersebut hanya boleh didapati pada 1 April sahaja iaitu jatuh pada sambutan hari ‘April Fool’.

Rata-rata netizen mengatakan gurauan tersebut sememangnya berjaya membuatkan ramai percaya jika smoothie nasi lemak benar-benar wujud. Ada juga yang tidak ketinggalan memberikan komen jenaka mengenai menu baru itu.

“Syukur… mereka terlupa ikan bilis. Saya nak sambal lebih.

“Mereka lupa ikan bilik dan kacang. Tak lengkap nasi lemak tanpa dua bahan tersebut. Jangan lupa telur sekali.

“Dipilih sebagai perisa terbaik tahun lepas! Anda semua patut cuba!

Rupanya hanya gimik semata-mata sempena hari ‘April Fool’. Tapi kalau buat betul-betul pun apa salahnya. Boleh juga nak rasa.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Penangan Burger Nasi Lemak Di Singapore (ENG SUB)