Sedapnya kalau petang-petang dapat menikmati aiskrim potong kacang merah. Tapi makan satu je memang tak puas. Apa kata anda buat sendiri aiskrim kacang merah di rumah. Katanya resepi aiskrim ini lagi sedap daripada yang dijual di kedai.

Lepas ini tak perlu lagi beli di kedai. Boleh buat sendiri untuk makan dan juga boleh buat jual untuk tambah pendapatan. Paling penting, kebersihan lebih terjamin bila kita buat sendiri.

BACA: Cara Buat Aiskrim Durian Lemak Berkrim, Guna Blender Je

Bahan-bahan:

BAHAN A

200gm gula pasir (kalau rasa tak suka manis sangat boleh kurangkan)
3sudu besar susu tepung (tak kisah brand apa)
350ml air

BAHAN B

2 sudu besar tepung ubi
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung gandum
50ml air
Campurkan tepung-tepung dengan air – kacau rata.

BAHAN C

80gm susu pekat (ikut tahap kemanisan yang anda suka)
500ml santan pekat atau susu cair 2 tin
250gm kacang merah dalam tin di lecek (lagi banyak kacang lagi sedap)
Sedikit pewarna merah ataupun sedikit kordial sirap
Daun Pandan bagi wangi
Paling penting jangan lupa letak garam secukup rasa bagi rasa lemak

Cara membuatnya:

Posted by Nur Atikah on Sabtu, 23 Jun 2018

1. Guna kaedah whisk supaya tidak berketul-ketul dan sentiasa di kacau supaya tekstur aiskrim halus di atas api yang sederhana.

2. Masak bahan A sehingga gula larut. Masukkan bahan B sampai didih. Masukkan bahan C. Bila mendidih, matikan api.

3. Tuang dalam acuan ais krim atau plastik aiskrim.

4. Bila dah sejuk, masukkan ke dalam freezer dan bekukan.

Selamat mencuba!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Western Yang Tak Kedekut Bahan 😉