Kalau pergi makan di kedai mamak, tak sah kalau tak pekena ayam goreng mereka yang rangup dan sedap. Memang rasa ayam goreng tersebut memang boleh dapat di kedai mamak je. Tak boleh dapat di gerai makan biasa.

Dapat ayam goreng mamak, makan dengan nasi putih dengan kuah kari nasi kandar, memang layan habis.

BACA: Tak Sampai RM20 Dah Boleh Buat Ayam Goreng Cheese Ala Korea

Lepas ni anda tak perlu lagi nak makan ayam goreng di kedai mamak. Boleh buat sendiri je dirumah.

Boleh cuba resepi ayam goreng ala-ala mamak style yang dikongsikan oleh Qhamcyahh Hidayat di akaun Facebook miliknya. Rugi kalau tak cuba.

Resepi Ayam Goreng Mamak Ketagih

Bahan-bahan:

1 ekor ayam
6 sudu makan tepung jagung
6 sudu makan tepung beras
3 tangkai daun kari

Bahan untuk dikisar:

6 ulas bawang putih
2 inci halia
5 tangkai cili kering
2 sudu makan rempah kari
1 biji telur
Garam secukup rasa
1 sudu makan serbuk lada sulah

Cara:

1. Perap ayam dengan bahan kisar, tepung jagung, tepung beras dan daun kari selama 1 jam. Lagi lama perap, lagi sedap.

2. Panaskan minyak & goreng ayam hingga masak

Tips nak bagi lagi sedap:

-Letakkan setangkai daun pandan dalam minyak panas untuk menambah aroma.
– Goreng ayam 15-20 minit sehingga garing. Pastikan jangan goreng terlalu banyak dalam satu masa.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Ayam Goreng Cicah Cheese Lagi Sedap Dari Ayam Pasar Malam?