Ada masanya kadang-kadang teringin nak makan hidangan ala western. Apa kata anda cuba resepi Chicken Meatball Bolognese Cheese Ala Pizza Hut ini. Lagi puas hati jika buat sendiri dirumah, boleh buat banyak makan anda suka, lebih jimat dan boleh makan ramai-ramai bersama keluarga.

Dikongsikan oleh Anith Syazwani,  jika anda peminat tegar keju leleh, anda patut cuba resepi ini sebab boleh letak banyak mana keju yang anda inginkan. Paling penting, cara untuk membuatnya sangat mudah dan tidak perlukan banyak bahan.

BACA: Pizza Cempedak & Durian Pulak Sekarang, Kini Di Penang!

Bahan-bahan:

Bebola daging (saya guna chicken meatball Ayamas)
1 tin sos bolognese Prego (saya guna Kimball)
1/2 cawan susu segar
1 biji bawang holland (potong dadu)
1 biji capsicum hijau/merah (potong dadu)
Sedikit lada hitam (tumbuk kasar-kasar)
Mozarella cheese

Cara membuatnya:

1. Goreng bebola daging dengan sedikit minyak zaitun.
2. Potong dadu 1 biji bawang holland dan capsicum hijau/merah. Gorengkan sekali dengan meatball sehingga sedikit layu.
3. Masukkan meatball, bawang dan capsicum ke dalam bekas aluminium foil.
4. Dalam kuali lain, masukkan pula satu tin sos bolognese. Masak sehingga mendidih dan pekat. Masukkan pula 1/2 cawan susu segar dan lada hitam.


5. Tuangkan sos bolognese sehingga menutupi meatball. Taburkan cheese. Bakar 10-15 minit pada suhu 170°c.


10. Siap untuk dimakan meatball bolognese ala pizza hut! Selamat mencuba.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥