Pasti ramai tahu sebelum ini Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Dr. Tony Fernandes mengumumkan bakal membuka restoran yang menyajikan menu popular penerbangan AirAsia.

Nampaknya cawangan pertama restoran yang dikenali sebagai Santan oleh AirAsia itu akan dibuka tidak lama lagi di pusat membeli belah terkemuka di Mid Valley Megamall, dijangka pertengahan Disember 2019.

BACA: Yakin Dengan Menu Santan, Tony Fernandes Mahu Buka Restoran

Apa yang pasti menu-menu popular AirAsia akan di sediakan di restoran Santan antaranya Nasi Lemak Pak Nasser, Mee Goreng Mamak Kamal, Burnt cheesecake dan banyak lagi.

Selepas ini kalau mengidam tak payah susah-susah nak tempah tiket kapal terbang untuk nikmati hidangan popular AirAsia. Diharap lebih banyak cawangan Santan akan dibuka di seluruh Malaysia.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pening Kepala Pekena Butter Beer?