Agak sukar untuk mencari ahli keluarga yang sudah lama tak berjumpa apatah lagi yang ditinggalkan. Tetapi, seorang pelajar diploma Pembantu Perubatan di sebuah kolej di Seremban, Negeri Sembilan bertekad untuk mencari ibu bapa kandung yang meninggalkan dirinya di sebuah perhentian bas 10 tahun lalu.

BACA: Anak Terlalu Kacak Punca Ibu Bapa Bercerai

Sumber dari facebook.com

Segalanya bermula apabila lelaki tersebut, Mohamad Putera Zainuddin, 21 tahun, pernah ditanya oleh guru tadika mengenai status kelahirannya hingga dia menangis.

Ibu angkat Putera, Saodah Mahmood, 59 tahun, berkata dia terpaksa menceritakan perkara sebenar iaitu Putera sebenarnya anak angkat kepada keluarga mereka.

Sumber dari facebook.com

“Saya tidak sampai hati mahu menipunya dan berterus terang mengenai statusnya itu. Hanya Allah yang tahu perasaan saya ketika itu dan berharap dengan cara ini tiada masalah lain akan timbul di kemudian hari,” jelasnya.

Sumber dari facebook.com

Setelah Putera habis Sijil Penilaian Menengah (SPM), dia bertanya lagi kepada ibunya mengenai kubur ibu bapanya kerana ibunya memberitahu ibu bapanya meninggal dunia akibat kemalangan.

Sumber dari kisahdunia.com

Dengan berat hati, Saodah merelakan anaknya pergi ke Rumah Kanak-kanak Tengku Ampuan Fatimah, Pahang untuk mencari kisah sebenar yang berlaku selepas dia dilahirkan.

Sumber dari facebook.com

“Sebaik membaca kandungan fail, dia menghubungi saya dan kami sama-sama menangis. Mula saat itu Putera nekad mahu mencari ibu bapa serta bidan yang menemuinya,” katanya yang memberi semangat penuh kepada anak tunggalnya itu supaya mencari ibu bapa kandung.

Sumber dari facebook.com

Pada 10 tahun lalu, Putera ditinggalkan di perhentian bas di Kampung Megat, Jalan Maran, dekat Tasik Paya Bungor, Kuantan pada 23 September 1996 sebelum dijaga oleh Rumah Kanak-kanak Tengku Ampuan Fatimah.

Sumber dari facebook.com

Kini, Putera sedang berusaha menjejaki ibu bapanya dan setakat ini sudah berjaya menemui perhentian bas yang merupakan tempat dia ditinggalkan oleh mereka dahulu.

Semoga Putera dapat berjumpa dengan ibu bapa kandungnya dengan selamat dan mengetahui kisah sebenar apa yang berlaku pada masa lalu daripada mereka.

ARTIKEL BERKAITAN:
Hilang Pasport, Denda Sehingga RM1,000
Pencuri Pulang Semula Motor, Isi Minyak Penuh

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Penangan Indomie Paling Pedas Di Dunia