Semalam video rakaman sebuah bas RapidKL melanggar bas dan memandu secara bahaya viral di media sosial. Menurut laporan, insiden tersebut dipercayai berlaku di kawasan Keramat berdekatan sebuah kilang hinggalah berakhir di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Bas berkenaan dikatakan merempuah 7 buah kereta dirempuh dan melanggar sebuah gerai burger sehingga turut menyebabkan seorang wanita yang dikatakan memangku seorang bayi berusia dua bulan terpelanting.

BACA: Jangan Harap Polis Nak Bayar Kalau Kena Langgar

Bagaimanapun, salah seorang penumpang bas berkenaan tampil menceritakan situasi ketika bas itu melanggar beberapa buah kereta lalu kereta tersebut terbabas sehingga melanggar gerai burger di bahu jalan.

Menurut saksi tersebut, dia memberitahu pemandu bas berkenaan mengekori kereta dihadapan dengan jarak dekat namun tidak menyangka akan melanggar kereta tersebut sehingga menyebabkan kereta itu berpusing sehingga melanggar gerai burger berdekatan.

Pemandu bas tak patut lari

Komen dari saksi tersebut mendapat pelbagai reaksi dari netizen. Rata-rata berpendapat pemandu bas berkenaan tidak sepatutnya melarikan diri. Ada juga yang mempersoalkan tindakan orang ramai yang membelasah pemandu bas berkenaan sepatutnya menyerahkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa kerana pemandu itu kini dikatakan berada di zon kritikal.

Ada netizen memberitahu pemandu bas itu terbabas kerana dikatakan cuba mengelak budak-budak motor yang melepak di kedai burger berdekatan namun pemandu itu pula yang dipersalahkan hanya kerana mendengar cerita dari sebelah pihak sahaja.

Apa pun, kita sendiri tidak pasti siapa yang salah dan siapa berada di pihak benar. Sebaiknya kita tunggu hasil siasatan pihak polis daripada membuat spekulasi sendiri yang lebih mengeruhkan keadaan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

MISI 24 JAM DALAM KAWALAN ANDA!!! 🔥🔥🔥