Bayangkan susahnya seorang ayah membesarkan kita dari tak tahu menulis hingga ke menara gading tapi masih lagi ada si ‘tanggang’ yang mengabaikan orang tua mereka kerana sibuk dengan kehidupan mewah yang juga merupakan pemberian si ayah.

Seorang warga emas memfailkan tuntutan fail nafkah terhadap anak-anaknya kerana mengabaikan tanggungjawab sebagai anak.

BACA: Rintihan Sayu Nak Jumpa Ibu Bapa Kandung

Daut @ Kassim Jali, 84 tahun, berasal dari Masjid Tanah, Melaka, memiliki tujuh orang anak yang bergelar jutawan selepas dikatakan memiliki aset pemberiannya termasuk tiga stesen minyak, ladang sawit, pusat ternakan ayam dan lain-lain bernilai RM4 juta.

Menurutnya, dia menyerahkan kesemua aset miliknya supaya anak-anaknya mengusahakannya dengan baik, tetapi lain pula jadinya apabila mereka mula mengabaikan tanggungjawab kepada Daut.

Dia hanya berharap belas ehsan daripada anak-anak tirinya dan isteri kedua untuk menampung perbelanjaan dirinya yang sedang sakit.

Tidak berniat untuk mengungkit, Daut cuma mahu melahirkan perasaan kecewa dengan layanan anak-anak terhadapnya yang sudah lama tidak berjumpa dengannya.

“Ingat lagi satu ketika sewaktu kereta habis minyak, saya ke stesen minyak yang diusahakan anak tetapi tidak diendahkan. Anak saya tak bagi saya isi minyak. Dua jam saya tunggu, dimakinya pula. Padahal stesen itu saya yang usahakan dulu,” luahnya.

Sebelum ini, Daut pernah membuat tuntutan nafkah dan memperoleh hak menguruskan ladang ternakan ayam sebanyak dua lot tanah.

Namun, anak-anaknya telah mengambil kedua-dua lot tanah dan ladang ternakan daripadanya pada September lalu.

“Dia akan memfailkan tuntutan nafkah terhadap tiga orang anaknya berjumlah RM3,925 sebulan setiap seorang sehingga akhir hayatnya,” kata peguam Daut, Mohd. Adli Ithnin.

Daut terpaksa menanggung kos keperluan ubat-ubatan, makanan, lampin pakai buang dan keperluan lain berjumlah kira-kira RM4,000.

Semoga kisah ini menjadi pengajaran kepada kita semua agar menjaga mereka yang banyak berjasa kepada kita sejak lahir hingga dewasa.

ARTIKEL BERKAITAN:
Anak Terlalu Kacak Punca Ibu Bapa Bercerai
Suami Buat Kerja Rumah Pun Kena Cerai

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Ikan Bakar Di Perlis Memang Lain Macam!