Sebut saja nasi lemak sememangnya hidangan ini sangat sinonim dengan rakyat Malaysia. Lagi sedap kalau dapat nikmati nasi lemak bersama teh tarik, memang terangkat di buatnya.

Setiap daripada kita ada nasi lemak kegemaran masing-masing, tapi itu tidak bermakna kita akan berhenti untuk mencuba nasi lemak yang popular atau ketika itu menjadi bualan ramai.

BACA: Sanggup Terbang 9,600km Ke KL Semata-Mata Nak Makan Nasi Lemak

Tapi nasi lemak yang dijual oleh makcik ini boleh dikatakan sangat popular di Cheras. Untuk pengetahuan anda, makcik ini mula menjual nasi lemak sejak tahun 90-an lagi.

Menerusi satu perkongsian di Twitter, orang ramai sanggup beratur seawal jam 3 pagi untuk membeli Nasi Lemak Beratur makcik tersebut yang terletak di 7Eleven Maluri, Cheras.

Tidak seperti kedai nasi lemak lain, Nasi Lemak Beratur ini hanya membuka 2 meja lipat di hadapan kedai serbaneka 7Eleven. Menariknya, Nasi Lemak Beratur ini turut menyediakan pelbagai jenis lauk.

Berbeza dengan kedai nasi lemak lain yang memulakan peniagaan mereka seawal 6 pagi, namun Nasi Lemak Beratur ini habis dijual jam 6 pagi.

Kata netizen, mustahil untuk dapat membeli nasi lemak tersebut pada jam 6 pagi sehinggakan mereka terpaksa bangun awal untuk beratur.

Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian netizen lain yang teruja untuk mencuba apabila mendengar ramai yang memuji kesedapan nasi lemak tersebut.

Dalam pada itu, ada yang meminta agar makcik tersebut melewatkan sedikit waktu menjual kerana agak mustahil untuk bangun seawal jam 3 pagi untuk mendapatkan nasi lemak tersebut.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥