Boleh dikatakan hampir kebanyakan pelajar sekolah rendah tidak mengambil sarapan pagi sebelum memulakan sesi persekolahan mungkin kerana ibu bapa perlu berkejar untuk ke tempat kerja sehingga tiada masa untuk menguruskan sarapan pagi.

Berita baik buat ibu bapa dan pelajar, mulai Januari 2020 semua pelajar sekolah rendah di seluruh negara akan diberikan sarapan secara percuma.

BACA: Maszlee: Mulai 2019 Pelajar Sekolah Pakai Kasut Hitam

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik. Menurut Dr. Maszlee, inisiatif tersebut diperkenalkan bagi memastikan para pelajar kekal sihat dan cergas serta dapat membantu mereka memberi tumpuan dalam pelajaran.

BERMULA JANUARI 2020, SARAPAN PERCUMA AKAN DISEDIAKAN BUAT SEMUA ANAK-ANAK DI SEKOLAH RENDAH SELURUH NEGARAAnak-anak…

Posted by Dr Maszlee Malik on Isnin, 26 Ogos 2019

Melalui program sarapan percuma khas untuk anak-anak di sekolah rendah di seluruh negara itu, beliau berkata, anak-anak akan disediakan sarapan enak berpandukan menu yang sihat dan ia adalah percuma.

Kementerian Pendidikan Malaysia berharap dengan perlaksanaan program tersebut bakal membuatkan pelajar hadir ke sekolah dengan penuh kegembiraan.

ARTIKEL BERKAITAN:
Indonesia Tegur Bendera Mereka Silap Cetak
Kedai Makcik Seringgit Jadi ‘Port’ Makan Pelajar

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Nikmatnya Nasi Lemak Lobster Di Bumi Singapura