Gara-gara terlajak berkata-kata dalam memberi sokongan kepada acara sukan polo ekuestrian Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur (KL2017), seorang wanita mula mendapat perhatian di Twitter apabila sebelum ini menyatakan bahawa dia akan berbogel sekiranya pasukan Polo Malaysia menang.

Untuk pengetahuan anda, perlawanan tersebut menyaksikan pasukan membabitkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan Putera Brunei, Putera Abdul Mateen Bolkiah dan akhirnya pasukan Malaysia berjaya menewaskan Brunei 12 berbalas 4.

BACA: Lelaki Kena Bogel Kalau Nak Masuk Pulau Ini

“Saya tak sedar gurauan saya ini dianggap sesuatu yang serius. Perkataan ‘bogel’ itu bukan bermakna saya akan betul-betul nak bogel pun. Ia juga bukan satu taruhan kalau pasukan Malaysia menang atau kalah”

“Ia bukan sesuatu yang disengajakan. Saya akui perkataan ‘bogel’ itu agak sensitif dan saya mohon maaf sekiranya ada yang salah faham di atas kenyataan itu,” memetik kata gadis dengan nama Nurul Adilla Abd Rahim kepada mStar Online.

Bagaimanapun kenyataan yang dibuat oleh gadis yang baharu berusia 23 tahun itu dipadam selepas beberapa jam.

Sementara itu, dalam perkembangan terbaru, selain merasa kesal, Nurul Adilla turut memohon maaf di laman Twitter atas apa yang diperkatakannya itu.

Nampaknya bab macam ini, pantas betul warga laman sosial menuntut janji. Apa pun, semoga perkara yang sama tidak berulang lagi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

VIDEO: Pergh, Char Kuey Teow Dia Penuh Satu Kuali! 🔥🔥🔥