Jika anda pergi ke tandas awam di Malaysia, pasti anda sudah jangkakan bagaimana keadaannnya. Kebanyakannya kotor dan berbau busuk dek kerana sikap sesetegah pengguna yang tidak menitik beratkan kebersihan.

Bahkan, Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad turut meluahkan rasa malu terhadap keadaan tandas di Malaysia.

BACA: Kurang Tidur Rahsia Tun Mahathir Kekal Bertenaga

Menurutnya, beliau sendiri seringkali melakukan pemeriksaan mengejut di tandas awam dan keadaannya tidak bersih dan busuk.

“Saya amat malu kerana seringkali buat pemeriksaan tandas di Malaysia biasanya tidak bersih dan busuk.
“Kita selalu suarakan perasaan tidak senang kalau ada tandas awam dalam keadaan tidak baik sama sekali.

“Kalau pergi negara tertentu tandas mereka amat bersih kerana penggunanya tidak mengotorkan tandas itu kerana berasa bertanggungjawab menghargai pandangan masyarakat terhadap dirinya jadi dia tidak lakukan sesuatu mengotorkan.

“Itu mencerminkan sifat ada pada kita sepatutnya kita berasa malu tapi kita berpendapat yang tidak ada orang tahu siapa disebabkan tiada tanggungjawab sivik dalam hati kita,” jelas beliau.

Dalam pada itu, Tun M turut menyuarakan masalah sampah yang dibuang merata juga amat serius dalam kalangan masyarakat.

ARTIKEL BERKAITAN:
Rakyat Malaysia Dilarang Kahwin Di Mekah
Ini Sebab Pasangan Ini Nikah Di Hospital

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Datang Hameediyah Kota Damansara Memang Kena Beratur? 😱