Setiap kali menjelang Aidilfitri sudah menjadi kemestian untuk menghidangkan biskut raya buat para tetamu. So, tahun ini anda buat kuih raya sendiri atau ‘kuih tunjuk’ sahaja?

Zaman sekarang ni mudah je, tak perlu susah-susah nak buat kuih raya. Boleh beli saja di kedia. Tapi ada yang beranggapan lagi puas hati jika buat kuih raya sendiri dan lebih jimat.

BACA: Tart Nanas Gulung Paling Popular, Kalahkan 40 Biskut Lain

Ramai juga yang beranggapan nak buat kuih raya sangat melecehkan. Nak kena ada banyak bahan dan ambil masa berjam-jam untuk membuatnya.

Tapi sebenarnya ada je kuih raya yang sangat mudah untuk dibuat. Apa kata anda cuba buat sendiri biskut susu bandung ini yang hanya menggunakan 2 bahan sahaja.

Resepi Biskut Susu Bandung

Bahan-bahan:

  • 1 tin susu cair bandung cap saji
  • 1 bungkus tepung jagung

Cara membuatnya:

1. Campurkan tepung dan susu bandung sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh

2. Terap mengikut bentuk yang dikehendaki ataupun masukkan di dalam cawan kertas kecil

3. Bakar pada suhu 150 darjah selsius selama 20 minit

4. Biskut anda sudah siap untuk dimakan

Memang mudah sangat nak buat. Selamat mencuba.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Ayam Goreng Cicah Cheese Lagi Sedap Dari Ayam Pasar Malam?