Bulan Ramadan sememangnya dinanti oleh semua umat Islam. Pada bulan inilah segala amalan baik yang kita lakukan akan mendapat ganjaran pahala berlipat ganda.

Antara amalan paling mudah dilakukan di bulan puasa ini adalah dengan bersedekah. Memberi makanan kepada jiran pun di anggap bersedekah.

BACA: Beli Ayam Goreng Dapat Minyak Masak Percuma!

Seperti yang anda tahu setiap kali bukan Ramadan, ramai yang akan memberi makanan berbuka puasa kepada golongan gelandangan di kawasan ibu kota.

Tindakan itu sememanngya perkara yang baik, namun timbul isu pembaziran apabila makanan yang diberikan terlalu banyak sehingga bersepah di kaki lima jalan.

Perkara itu mendapat perhatian seorang aktivis sosial, Syed Azmi yang mengkritik perbuatan segelintir sukarelawan yang terlalu pemurah sehingga mengundang kepada lambakan lebihan makanan.

Sementara itu, Pengerusi Dapur Jalanan Kuala Lumpur (DJKL), Ezzwandi Ngadi berkata, isu pembaziran lambakan makanan daripada sukarelawan ini bukanlah perkara baharu dan semakin parah lebih-lebih lagi di bulan Ramadan.

Selain itu, pengasas Buku Jalanan Chow Kit (BJCK), Siti Rahayu Baharin mengakui bantuan yang diterima daripada NGO setempat dan pihak berwajib adalah lebih daripada mencukupi. Malah jika mereka menggunakan sebaiknya bantuan yang diberi, mereka sudah boleh membina kehidupan sendiri.

Perkara itu turut mendapat perhatian netizen yang ternyata kecewa melihat banyak makanan yang dibazirkan. Kata netizen, adalah lebih baik jika makanan itu diberikan kepada pelajar universiti yang secara terang-terangan mengalami masalah kewangan sehingga terpaksa mengikat perut.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Lubuk Nasi Ngidey Resepi 4 Generasi 🔥🔥