Sefarra Tiru Sephora?
Wanita dan mekap memang tak dapat dipisahkan. Semua mahu nampak cantik dan kemas sepanjang masa. Kini, mekap mudah didapati kerana sudah banyak butik kecantikan dibuka seperti Sephora. Baru-baru terdapat isu mengenai sebuah butik kecantikan tempatan di Pantai Timur dikatakan meniru konsep Sephora. Betul ke?
BACA: “Niaga Belalang Tak Banyak Persaingan”
Sebuah butik kecantikan jenama Sefarra dimiliki oleh seorang usahawan, Farra Fareez, telah melancarkan pembukaan butik kecantikan miliknya itu di Kelantan.
Pelancaran tersebut mencuri perhatian ramai pihak hinggakan ia menjadi tular di kebanyakan laman sosial kerana konsep yang diperkenalkan oleh Sefarra sama seperti Sephora.
Ia jelas kelihatan seperti meniru Sephora kecuali namanya diubah dan terdapat beberapa barang lain kelihatan sama seperti Sephora.
Kad keahlian, beg kertas dan logo jenama Sefarra juga menggunakan warna hitam putih dan jika dilihat sekali imbas memang sama dengan warna konsep yang diperkenalkan oleh Sephora.
Malah, warga laman sosial juga curiga dengan idea asal reka grafik butik kecantikan tempatan itu mempersoalkan sama ada ilustrasi di kad keahlian dibeli atau tidak.
Selain itu, minyak wangi yang dijual oleh Sefarra iaitu ‘Sefarra Miniature Perfume’ turut menjadi persoalan kerana ia dikatakan meniru jenama minyak wangi antarabangsa, Chanel.
Bahkan, majlis pelancaran butik kecantikan itu dihadiri oleh beberapa selebriti terkenal seperti Hanez Suraya dan Nur Sajat.
Walau bagaimanapun, Sefarra ada menjual barangan mekap dari Make-Up Artist (MUA) terkenal tempatan seperti Alha Alfa, Ferra Rossa, Nuex Rosli dan Najeeb Azmi.
Mungkin kalau tukar konsep butik atau penggunaan warna akan lebih mudah untuk diterima oleh semua pihak.
ARTIKEL BERKAITAN:
Ini Satu Sebab Jamal Buka Restoran Makan Free
Chef Wanita Buatkan Daun Pandan Popular Di UK
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Ini Apa KOrang Hantar Pada Kami! 😍 😍 😍 | MailTime #1
- SUMBER
- DEWI MALAYSIA