Kita sanggup melakukan apa saja demi melindungi barang berharga dari dicuri oleh orang tak dikenali. Oleh itu, seorang wanita di Guangdong, China, nekad untuk masuk ke mesin pengimbas di sebuah stesen kereta api bagi mengelakkan beg tangannya hilang.

BACA: Nak Sedut Pearl, Tapi Tersedut Anak Cicak

Sumber dari pisangdaily.com

Menurut Dailymail, wanita itu bertindak melanggar arahan kakitangan stesen dan terus meluru memasuki mesin pengimbas barang itu.

Malah, anggota pemeriksa turut terkejut melihat paparan skrin yang menunjukkan imbasan manusia melalui mesin x-ray berkenaan.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku pada 11 Februari lalu ketika kebanyakan rakyat negara itu berpusu-pusu untuk pulang ke kampung sempena perayaan Tahun Baru Cina yang bakal tiba.

ARTIKEL BERKAITAN:
Makan Ais Warna Warni Jadi Kegilaan Ramai
Kenapa Wanita Ini Suka Makan Bulu Kucing?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Jumpa Ketam Kelapa Kat Sabah!