Seperti diketahui semalam berakhirnya peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Jika anda melihat perkongsian di media sosial, ramai pelajar berkongsikan kegembiraan mereka setelah menamatkan persekolahan dan bakal memasuki alam universiti pula.

Kebiasaannya, kebanyakan sekolah akan mengkakhiri SPM dengan sujud syukur atau solat sunat setelah selesai peperiksaan.

BACA: Tun Mahathir Dedah Pernah Dibuli Di Sekolah

Bagaimanapun, apa yang tidak sedap di dengar apabila ada sekumpulan pelajar berparti di tengah jalan selepas tamat peperiksaan. Sejak semalam tular video pelajar-pelajar tersebut di media sosial.

Kejadian itu dipercayai berlaku di Melaka. Antara kawasan terlibat termasuk di sekitar laluan utama pesisir Pantai Klebang, Pantai Puteri dan Bandar Hilir.

Mereka bukan saja berkumpul ditengah jalan, malah turut menunjukkan lagak samseng dengan pelbagai aksi di atas jalan raya serta menunggang motosikal secara melulu.

Tindakan pelajar biadap itu sekalisu mengganggu ketenteraman awam dengan bunyi bising serta menyusahkan pengguna jalan raya lain.

Selain merakam aksi-aksi ngeri kumpulan pelajar berkenaan, aktiviti-aktiviti tidak sihat seperti merokok secara terang-terangan di kawasan awam turut dirakam.

Difahamkan, pihak polis telah pun mengeluarkan saman terhadap kumpulan pelajar terbabit di atas pelbagai kesalahan termasuk, tiada lesen memandu, cukai perjalanan tamat tempoh dan mengubah suai kenderaan.

Tiada salahnya untuk meraikan hari terakhir peperiksaan dan sebagai pelajar sekolah, tetapi janganlah sampai keterlaluan dan menyusahkan orang lain. Ada banyak cara boleh dilakukan untuk meraikan hari gembira itu.

ARTIKEL BERKAITAN:
Rakyat Malaysia Dilarang Kahwin Di Mekah
Ini Sebab Pasangan Ini Nikah Di Hospital

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Datang Hameediyah Kota Damansara Memang Kena Beratur? 😱