Selain Ayam, KFC China Turut Jual Smartphone
Nampaknya Kentucky Fried Chicken (KFC) China bukan sahaja ada menyediakan ayam goreng untuk para pelanggan setia mereka kerana baru-baru ini satu kerjasama telah diadakan bersama Huawei untuk mengeluarkan smartphone dengan bertemakan KFC.
BACA: KFC ’Terbangkan” Burger Di Angkasa?
Smartphone Huawei edisi terhad itu diperkenalkan bersempena ulang tahun ke-30 tahun KFC memulakan operasinya di China.
Antara ciri-ciri istimewa ‘KFC Huawei 7 Plus’ ini adalah mempunyai casing berwarna merah yang ikonik kepada KFC dan disertai lakaran wajah Colonel Sander yang merupakan imej terkenal KFC.
Menurut CNBC, smarphone model ini turut dilengkapi dengan applikasi KFC yang mempunyai 10,000 K Dollar (kredit virtual) yang boleh digunakan untuk membeli menu di restoran KFC di sana.
Aplikasi K-Music turut disertakan dengan pembelian smartphone ini bagi memenuhi kehendak golongan muda yang gemar kepada muzik dan mereka boleh memilih lebih daripada 4,000 lagu untuk didengari.
Pastinya ramai pengemar KFC di seluruh dunia ingin membeli smartphone ini namun begitu edisi terhad ini hanya ditawarkan di Tmall, sebuah online retail di China dan hanya berharga 1099 Chinese Yuan (kira-kira RM695).
Buat masa ini, usaha ini adalah kali ketiga KFC menerapkan elemen teknologi dalam usaha pemasaran mereka yang mana sebelum ini KFC di Shanghai telah menggunakan voice-activated robot bahkan pada awal tahun ini satu kiosk KFC yang mempunyai teknologi pengesanan wajah turut beroperasi di Beijing.
VIDEO: Makan Sotong Besar Penumbuk Kat Nasi Lan Kedah?
- SUMBER
- Fox News