Dalam banyak-banyak makanan, menu Nasi Lemak antara yang paling popular dan merupakan kegemaran rakyat Malaysia. Sempena sambutan kemerdekaan yang ke-61, sebuah syarikat ingin memberikan nasi lemak percuma.

Kalau ikutkan santan antara bahan paling penting untuk menghasilkan nasi lemak yang sedap. Berita baik buat peminat nasi lemak, syarikat S&P Industries yang terkenal denngan produk santan akan mengedarkan Nasi Lemak PERCUMA di beberapa tempat di Lembah Klang.

BACA: Ini Sebab Nasi Lemak Masuk Majalah Time

Edaran nasi lemak percuma itu sudah pun bermula pada 21 Ogos lalu sehingga 24 Ogos, Jumaat ini.

Sesi Pertama: Selasa, 21 Ogos 2018 – Stesen LRT Bukit Jalil (6:30 pagi-10:30 pagi)

Sesi Kedua: Khamis, 23 Ogos 2018 – Stesen LRT Wangsa Maju (6:30 pagi-10:30 pagi)

Sesi Ketiga: Jumaat, 24 Ogos 2018 – Blok Pejabat Wisma Yap Kwan Seng (11:30 pagi-2:30 petang)

Menurut jurucakap syarikat tersebut, selain nasi lemak orang ramai berpeluang untuk dapatkan banyak lagi barangan percuma.

Selain itu, syarikat itu juga memaklumkan pihaknya akan mendermakan sebahagian wang kepada badan kebajikan jika ramai kongsikan apa yang mereka sukakan sebagai rakyat Malaysia di Facebook rasmi syarikat tersebut.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Lubuk Nasi Ngidey Resepi 4 Generasi 🔥🔥