Semua Lorong Tambah Nilai PLUS Ditutup Sehingga 29 Oktober
Perhatian buat pengguna jalan raya, bermula semalam iaitu 24 Oktober sehingga 29 Oktober ini, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menutup semua lorong tambah nilai bagi melancarkan pergerakan trafik bersempena musim peraayaan Deepavali yang akan disambut Ahad ini.
Menurut kenyataan PLUS, penutupan tersebut bertujuan untuk mengurangkan kesesakan yang disebabkan oleh pengguna lebuh raya beratur di lorong tambah nilai.
BACA: Pengguna Boleh Bayar Tol Guna Kad Kredit, Debit Hujung Tahun Ini
PLUS menjangjakan peningkatan jumlah trafik sebanyak 17 peratus kepada dua juta pada hari-hari puncak iaitu pada Jumaat hingga Sabtu (25-26 Oktober) dan Isnin (28 Oktober) berbanding 1.7 juta kenderaan pada hari biasa.
Dalam pada itu, PLUS menasihatkan pengguna lebuh raya merancang perjalanan mereka dan terlebih dahulu menambah nilai kad TnG mereka selain memastikan mempunyai baki yang mencukupi.
Kata kenyataan itu lagi, perjalanan di plaza tol pasti akan terjejas jika ada pengguna yang terkandas dan tidak dapat membuat transaksi tol apabila baki pada kad Touch ‘n Go (TnG) mereka tidak mencukupi sekaligus mengganggu keselesaan dan perjalanan pengguna lain.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Sambal Ikan Bakar Kat Sini Memang Meriah! 😱😱
- SUMBER
- BH Online