Sebut saja gula-gula Himalaya Salt ini, pasti ramai tahu bahawa gula-gula kini sedang viral dan sehingga habis dijual di kedai. Memang sedap rasanya dan sekali makan pasti nak lagi.

Tapi ramai tak tahu mengenai ‘sport candy’ ini. Baru-baru ini, seorang netizen ini dikenali sebagai Khairul Azuan berkongsikan mengenai gula-gula tersebut yang sepatutnya diambil semasa bersukan.

BACA: JAKIM Sahkan Gula-Gula White Rabbit Tidak Halal

Seronok je tengok orang ambil gula-gula jenis ni dan nampak viral sehingga habis kat kedai.Saya mahu beri sedikit info…

โพสต์โดย Mohd Khairul Azuan เมื่อ วันอังคารที่ 22 ตุลาคม 2019

Jelasnya lagi, gula-gula tersebut tidak boleh diambil sesuka hati bagi menggantikan gula-gula biasa kerana mempunyai kandungan sodium di dalamnya.

Kadar pengambilan garam sudah cukup banyak kita ambil secara semulajadi atau secara tambahan dalam makanan harian kita.

Ia bukan pilihan yang lagi baik atau lagi ‘sihat’ hanya kerana ia dari himalayan salt. Kandungan sodium nya adalah lebih kurang sama sahaja!

Siapa yang sesuai ambil gula-gula jenis ini?

Untuk pengetahaun anda, individu yang boleh mengambil gula-gula tersebut adalah mereka yang dalam keadaan aktif berpeluh, ereka yang hiking dalam jangka masa yang panjang dan mereka yang mempunyai kadar sodium yang rendah dalam darah.

Kalau anda ada masalah darah tinggi, jantung atau buah pinggang jangan sesuka hati ambil. Yang mengandung dan nak hilangkan loya pun kena jaga-jaga. Lebih-lebih lagi bagi yang ada pregnancy induced hypertension (PIH).

Banyak kajian telah dilakukan dan dianggarkan pengurangan sebanyak 1 gram garam boleh menurunkan tekanan darah purata sebanyak 2 mmHg, yang mana boleh menurunkan risiko strok sebanyak 10% dan penyakit jantung sebanyak 5%.

Had pengambilan sodium dalam sehari 2000mg

Saya berikan contoh kenapa kita tak perlukan lagi gula tambahan dari gula-gula jenis ini bagi orang normal:

– Dalam makanan semulajadi kita biasanya ambil dalam 12% sodium.

– Sodium yang ditambah dalam masakan adalah lebih kurang 5%

– Sodium yang ditambah semasa makan lebih kurang 4%

– Sodium yang datang dari makanan yang diproses adalah dalam 77%

Cukup dah sodium dalam makanan harian kita. Tak perlu lagi dari candy ini.
Penyakit darah tinggi adalah yang paling dekat perkaitannya dengan sodium. Komplikasinya seperti pening kepala yang berterusan, sakit jantung dan masalah buah pinggang.

Elakkan sodium yang berlebihan lagi. Sudah cukup banyak. Pengambilan candy ini semata-mata mahu lebih sihat adalah mitos.

Dan saya tak pasti kenapa orang ambil ia untuk legakan sakit tekak sedangkan ia tidak mempunyai lozeng pun. Anda hanya menambah sodium dalam diet tanpa sedar.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

ROjak Singapore Geylang Serai Dah Sampai Malaysia?