Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar perkenan menamakan spesies semut Echinopla baharu yang ditemui sebagai Echinopla Tunku-Abduljalilii.

Semut yang ditemui oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) itu, dikutip daripada tumbuhan renik di tepi Sungai Bantang, Hutan Lipur Sungai Bantang dekat Labis, Mei tahun lepas.

BACA: Sultan Johor Pemegang Saham Kedua Terbesar 7 Eleven

Semut ini sangat sukar ditemui dan terdapat 15 spesies daripada jenis kumpulan Echinopla di Malaysia. Spesies baharu ini merupakan spesies ke-16 dan kedua dari Johor yang mana spesies pertama iaitu Echinopla Wardi telah dijumpai di Kota Tinggi.

Spesies ini berukuran 5.48 milimeter panjang dan berwarna hitam. Kebanyakan spesies Echinopla yang lain badannya mempunyai bulu, tetapi spesies Echinopla yang baharu ini tidak mempunyai bulu

Bagi menghargai kejayaan pertama CoR-SUNR dan UTHM atas penemuan spesies baharu itu, Canselor UTHM iaitu Sultan Ibrahim telah dipohon limpah perkenan bagi menamakan spesies Echinopla berkenaan.

Atas perkenan penamaan spesies ini, International Code of Zoological Nomenclature (IZCN) iaitu sebuah badan antarabangsa yang menguruskan penamaan spesies baharu akan mengeluarkan satu kenyataan pengesahan sekali gus rasmilah nama Echinopla Tunku-Abduljalilii.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Makan Sotong Mentah, King Crab? | Korea Pt. 1