Pelbagai cara dilakukan untuk memudahkan urusan jemaah umrah Malaysia supaya mereka dapat menunaikan umrah dalam keadaan tenang, teratur dan selesa. Hari ini sebuah portal tempahan pakej umrah dalam talian pertama di dunia telah dilancarkan iaitu GoUmrah.travel.

BACA: Simpan Duit 3 Tahun Demi Bawa 27 Pekerja Tunai Umrah

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, portal itu akan menyenangkan jemaah umrah terutama dari Malaysia.

“Dengan adanya GoUmrah.travel, platform ini juga diharap dapat menjadi contoh dan dihormati oleh negara-negara lain menerusi pelaksanaannya,” jelasnya.

Sumber dari kabar.news

Menurutnya, GoUmrah.travel mengikuti perkembangan teknologi semasa di mana semuanya boleh dilakukan secara dalam talian atau online.

Negara-negara lain boleh menjadikan portal tersebut sebagai contoh untuk memudahkan urusan jemaah yang ingin mengerjakan umrah.

Sumber dari thevocket.com

Selain itu, ia juga menyediakan kemudahan seperti memilih waktu, mengatur dan menempah aturcara sendiri mengikut citarasa masing-masing.

Malah, mereka juga boleh memilih jenis penerbangan hotel dan berapa lama tempoh berada di Mekah serta Madinah.

GoUmrah.travel diuruskan oleh syarikat agensi pelancongan iaitu Kumpulan Sri Sutra Travel. Nampaknya lebih mudah untuk rakyat kita membuat urusan untuk mengerjakan umrah nanti.

ARTIKEL BERKAITAN:
Datuk Vida Bawa Anak Tahfiz Tunai Umrah 12 Oktober Ini
Rakyat Malaysia Dilarang Kahwin Di Mekah
7 Gambar Mekah, Madinah Yang Cukup Tenang Untuk Tatapan Anda

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Apa Itu Teh Beng Jebok Madu (100% Madu Asli 🔥🔥🔥)